Lirik Lagu Maher Zain

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Peminat nasyeed kini dilanda tsunami Maher Zain termasuklah ‘saya’ ;p Setelah saya memunggah internet untuk beberapa jam, alhamdulillah dapat juga kesemua lirik beliau. Maher Zain, artis Sweden keturunan Lubnan berusia 28 tahun, telah berjaya mendapat tempat di persada muzik dunia khususnya di kalangan peminat lagu-lagu nasyid. Album sulung ‘Thank You Allah’ mengandungi 13 track dan 2 bonus yang dilancarkan pada 1 November 2009 lalu sehingga kini sering kedengaran di internet dan di radio.

Pernah tercatat di kedudukan no 1 carta Amazon’s World Music dan no 9 carta R&B, muzik videonya dilihat hampir sejuta pengunjung di laman Youtube, manakala mendapat sambutan ‘soldout’ pada konsert di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden dan USA. Dan kini, Maher zain booming di Indonesia. Alhamdulillah… Baca lebih lanjut